Sunday, October 13, 2013

HIJAB OH HIJAB

assalamualaikum..
hai semua..
 Aisyah nak ngadu ni.. Aisyah kalau pakai hijab (tudung), mesti tak menjadi..
especially bila pakai tudung bawal kembang sana, kedut sini, kelepet sana, kelepet sini.. STRESS!!
tapi, bertudung kan wajib.. opps!! I mean menutup aurat kan wajib.. so, Aisyah tetap bertudung walaupun masalah sedemikian rupa sentiasa menyerang..  :(
Aisyah jealous tengok mereka-mereka ni pakai tudung



















nampak tak?? nampak tak?? diorang pakai tudung cantik je, lawa je.. walaupun la shawl tu labuh, tapi tetapt nampak kemas, stylish dan cantik sanga.
cuba Aisyah pakai.. mesti hancur punya lah.. huwaaaa (sedih sangat ni)
Aisyah pernah cuba pakai tudung bawal, Aisyah jugak pernah cuba pakai shawl..
korang bayangkanlah kalau pakai tudung bawal pon hancuss, ni kan pulak nak pakai shawl!! hah, memang harapanlah .. kan
so, I make decision to wear these type of hijab




ha.. tu dia tudung-tudung yang Aisyah biasa pakai.. Aisyah teringin sangat nak pakai bawal n shawl.. tapi x reti.. kalau lah ada kesempatan Aisyah untuk jumpa dengan Kak Heliza atau Kak Dena, memang Aisyah akan tanya kat diorang cara- cara pakai shawl yang sangat cantik dan stylish serta labuh tu!! hurm

okay lah.. luahan hati Aisyah sampai di sini dulu.. good night
assalamualaikum :)

HELIZA HELMI LENGKAP CIRI-CIRI WANITA MUSLIMAH

assalamualaikum..
hai semua.. ha!! seperti yang tertera pada tajuk di atas, hari ni kita Aisyah akan bercerita mengenai Heliza Helmi.
opps!! baik-baik sikit ea, bukan mengata benda yang tak elok tau!!
ha! korang semua mesti dah kenal kan dengan Heliza Helmi ni..
apa?? ada yang tak kenal??
hey, awak tak pernh tengok tv ea??
eh, maaf maaf.. Aisyah gurau je..hehe
Aisyah rasa 1Malaysia dah kenal kot dengan Heliza Helmi ni..
apa?? tak perasan??
okay okay.. cuba tengok gambar ni

ha!! amacam?? kenal tak?? confirm kenal punya lah.kan..
Aisyah memang minat sangat dengan Heliza Helmi ni.. Aisyah suka tengok cara dia bercakap, pemakaian dia.. sangat sopan dan feminin.. Lelaki kalau tengok Heliza ni, confirm cair punya lah. Tengoklah dengan mata dia yang bulat, muka dia yang comel.. Gila lelaki tak minat. kan..
sorry ea.. Aisyah dah lari tajuk ni..hehe
okay okay, berbalik kepada tajuk kita..
Heliza ni memang lengkap dengan ciri-ciri wanita muslimah..
tak percaya??
tengok ni

tengok pemakaian dia yang sopan dan menutup aurat dengan sempurna



kalau masa kat AF5 dulu memang Aisyah akui Heliza belum menutup aurat dengan sempurna.. tapi, alhamdulillah.. lepas keluar daripada AF5, semakin lama, Heliza semakin menutup auratnya dengan sempurna. memang lengkap ciri-ciri wanita muslimah dalam diri Heliza ni.. memang tak pelik la kalau ramai lelaki yang tergila-gilakan Heliza ni.. Aisyah juga sangat yakin yang mak cik-mak cik kat luar sana yang ada anak lelaki tu pon mesti teringin sangat menjodohkan anak lelaki diorang dengan Heliza ni.. mana tak nya, tengok lah.. dah la cantik, sopan, berbudi bahasa, sempurna pulak tu dalam penjagaan auratnya.. Hai, memang beruntunglah sesiapa yang dapat Heliza ni.. Heliza ni memang ada dalam satu pakej la kira..
Bagi yang perempuan pulak, jom lah kita contohi apa yang baik..
mesti kita nanti akan dapat yang terbaik jugak..
okay lah.. tangan pon dah berpeluh menaip, tadi menaip assignment, lepas tu terus update blog pulak..
so, sampai di sini sahaja dulu lah ye.. 
alright!! Assalamualaikum semua!! :)

Aisyah ada beberapa gambar Heliza.. jom kita tengok